Monday, July 6, 2009

si luna gemok yg kasihan

Di sebuah sekolah, terdapat seorang budak gemok yang bernama Luna. Dia sering dicaci di sekolahnya karena dia seorang yang gemok, muka berjerawat, kurap di kaki, rambut mengerbang dan mata juling air. Luna sering tak faham mengapa dia sering diperlakukan begitu.
(begitu : dicaci, diherdik, diejek, disepak, diterajang dan seangkatan dengannya)

Luna selalu bertanya kepada dirinya sendiri, 'mengapa mereka membenci aku dengan sungguh sungguh ?' Dan persoalan itu akan kerap melanda bila bila masa dia rasa dia dihinakan.

Tetapi Luna tak buat apa apa, Luna hanya diam dan pergi ke jamban setiap kali waktu rehat untuk menangis. Karena Luna tak ada geng nak balas dendam.

Begitulah kehidupan Luna sepanjang dia menghabiskan sisa hidupnya di sekolah. Sungguh siksa. Ternyata budak budak sekarang kijam kijam belaka.

Tiba-tiba Luna mati. Pada hari Ahad, jam 0902 pagi tika mamanya sedang menanak nasi dan papanya sedang membaca khabar dunia. Tiada seorang pun tahu nafasnya telah terhenti sehinggalah mamanya pelik apabila Luna diam sahaja ketika dipanggil untuk makan bersama.

Papa, Mama, Adek, Achik sedih. Nangis. Luna dah pergi.

Khabaran bahawa Luna sudah mati tersebar cepat di sekolah. Kelihatan para pembuli, pencaci, pengherdik, pengejek, penyepak, penerajang, dan sengkatan dengannya sugul. Roh Luna pelik *garu kepala

bukankah kau yang selalu mencaci, mengherdik, mengejek, menyepak, menerajang dan sengkatan dengannya terhadap aku karena kekurangan aku?
bukankah kehadiran aku hanya sampah bagi kau?
bukankah ketiadaan aku satu pesta bagi kau ?

Luna berfikir lagi.

pelik betul manusia ini. aku sudah beri peluang untuk kau orang berpesta malam ini sempena kematian aku.

No comments:

Post a Comment